Antara peranan ibu bapa ialah , ibu bapa haruslah melatih kanak - kanak sejak kecil lagi seperti membawa kanak - kanak ke tempat - tempat yang dapat meningkatkan kemahiran motor halus mereka. Contohnya ibu bapa boleh membawa kanak - kanak ke pantai untuk bermain pasir . Dengan bermain pasir seperti meramas dan menggenggam kanak - kanak dapat merasa tekstur pasir dan kelembutan pasir pantai . Selain itu, ibu bapa juga boleh memberi kanak -kanak bermain play dough untuk mereka mencipta bentuk - bentuk yang kreatif mengikut tahap kreativiti masing-masing dan dapat meningkatkan perkembangan otot - otot kecil pada jari. Di samping itu , antara aktiviti motor kasar yang dapat ibu bapa lakukan bersama kanak-kanak seperti berjoging , senamrobik dan banyak lagi. Ibu bapa boleh membawa kanak - kanak ke taman permainan untuk menarik minat kanak - kanak terhadap aktiviti fizikal . Bermain taman permainan juga bagus untuk kemahiran motor kasar kanak- kanak. Di samping itu, ibu bapa juga perlu melakukan aktiviti bersama kanak- kanak untuk membuat mereka semangat dalam membuat aktiviti motor kasar dan motor halus . Melalui aktiviti seperti ini juga kanak- kanak akan mengembangkan kemahiran mereka untuk mengawal keseimbangan badan. Selain itu, aktiviti seperti ini membolehkan kanak-kanak menggunakan bahagian anggota badan mereka untuk mengawal keseimbangan di tempat yang rata seperti di atas palang dan semasa memanjat.
Selain itu, ibu bapa juga boleh menyediakan bola ping pong . Aktiviti ini menggunakan jari untuk mengambil bola ping pong itu dan mengalihkannya le bekas lain. Aktiviti ini dapat menguatkan otot-otot jari kecil untuk mengangkat bola ping pong satu per satu untuk dimasukkan ke dalam bekas. Selain itu, ibu bapa perlu mempunyai kesedaran dalam perkembangan motor kasar dan halus kanak - kanak kerana perkembangan koordinasi yang lambat merupakan salah satu masalah dalam gerakan motor. Di samping itu kanak-kanak yang mempunyai masalah tersebut akan menganggu mereka sukar untuk membuat aktiviti seperti berjalan , menunggang basikal dan banyak lagi . Oleh itu , peranan ibu bapa dalam membantu anak - anak meningkatkan kemahiran motor halus dan motor kasar amatlah penting supaya mereka tidak ketinggalan jauh dari kanak - kanak lain .
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.