Kesimpulannya, dengan kesedaran ibu bapa terhadap kemahiran motor kasar dan halus amatlah penting kerana dengan kesedaran ini secara tidak langsung ibu bapa dapat membantu kanak - kanak untuk membesar dengan mengikut setiap perkembangan pada tahap umur . Selain itu, pada amnya kemahiran motor ini melibatkan hubungan antara otak saraf dan otot yang kerja secara bersama. Di samping itu , penguasaan motor kasar dan halus ini sangat penting untuk membolehkan kanak - kanak untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemahiran motor halus dan halus. Antara contoh aktiviti kemahiran motor kasar ialah berenang , berlari , menari dan banyak lagi . Antara aktiviti kemahiran motor halus pula adalah menulis, menggunting dan banyak lagi aktiviti yang dapat dibuat oleh kanak-kanak dalam meningkatkan perkembangan ini. Oleh itu semua pihak terutamanya ibu bapa dan guru haruslah mengambil berat tentang kedua- dua kemahiran ini untuk meningkatkan lagi perkembangan motor halus dan kasar kanak-kanak serta mereka tidak mempunyai masalah untuk menguasai.
RUJUKAN
KPK 2023 (Perkembangan Fizikal Kanak-kanak)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.