PANTAI
- Kanak-kanak akan dapat merangsang kemahiran motor halus . Sebagai contohnya , Menggengam , menghancurkan , menggumpal dan menyelerakkan pasir juga akan dapat membantu membina otot kasar dan otot halus . Anak - anak boleh berlari , melompat , berguling , menggali . Dan jika di pantai pula anak-anak boleh belajar berjalan di pasir yang kering ataupun basah . Dengan adanya pasir pantai juga , kanak-kanak dapat menulis dan melukis . Sebelum kanak-kanak cukup bersedia menggunakan pensil untuk belajar menulis , kanak-kanak perlu diberi peluang untuk mereka mengamalkan kemahiran melukis dan pra-penulisan mereka dalam bahan pelbagai deria . Selain itu , kanak-kanak boleh menggunakan jari atau alat-alat kecil untuk menulis dan melukis . Pasir pantai juga dapat menjadikan deria kanak-kanak lebih peka . Pasir adalah bahan deria yang sangat sempurna untuk kanak-kanak yang suka kepada sentuhan . Kanak-kanak mahu menyentuh segala-galanya dan sentiasa mencari input sentuhan . Dengan adanya pasir kanak- Kanak akan menyentuh , memerah , dan bermain dengan gembiranya .
TAMAN PERMAINAN
- Di taman permainan , kanak-kanak akan dapat menguatkan lagi kekuatan otot . Sesetengah aktiviti di taman permainan ini akan dapat mencabar kekuatan otot . Sebagai contohnya , aktiviti memanjat jaring . Memanjat jaring adalah tidak senang kerana jaring akan bergerak apabila anda memanjat . Aktiviti ini akan menguatkan otot tangan , perut dan kaki . Bukan itu sahaja , bermain di taman permainan juga akan dapat meningkatkan ketahanan badan kerana kanak-kanak akan bergerak , berlari dan memanjat sepanjang masa di sana . Selain daripada itu , koordinasi mata-tangan juga akan meningkat . Misalnya , ia memerlukan kanak-kanak mentafsirkan maklumat visual dengan betul dengan cara yang membolehkan mereka menangkap bola . Tugas yang nampaknya sederhana ini merangkumi aktiviti neurologi , kawalan fizikal dan refleks , antara kemampuan lain . Sebagai contohnya , aktiviti memanjat di taman permainan akan membantu dalam menambah baik koordinasi dan motor kasar . Semasa memanjat , kanak-kanak harus berfikir di mana untuk meletakkan tangan dan kakinya .
PADANG
- Dengan bawanya kanak-kanak di padang , ia juga akan dapat mempertingkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus kanak-kanak . Bersukan bukan sahaja bantu tingkatkan motor halus dan motor kasar kanak-kanak tetapi paling penting ialah semangat percaya pada kebolehan diri sendiri . Di padang , kanak-kanak akan boleh melakukan aktiviti seperti bermain bola , bermain air dan sebagainya . Dengan melakukan aktiviti seperti itu , ia akan dapat melatih kekuatan otot badan dan stamina anak apabila anak melibatkan diri dalam aktiviti fizikal . Selain daripada itu , ia juga akan dapat merangsang perkembangan motor kasar apabila kanal-kanal berjalan , berlari , memanjat dan melompat .
RUMAH ATAU DI SEKOLAH
- Di rumah , kanak-kanak juga boleh melakukan aktiviti mengenai motor kasar dan motor halus . Sebagai ibu bapa atau penjaga mereka perlu menolong anak-anak melakukan aktiviti supaya kemahiran motor kasar dan motor halus mereka akan meningkat . Sebagai contoh aktiviti adalah ibu bapa memberi anak-anak bermain lego dan blok . Dengan melakukan aktiviti itu , ia akan dapat meningkatkan kemahiran motor halus dan ianya juga dapat merangsang kreativiti anak-anak . Selain daripada aktiviti itu , guru juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti bersama kanak-kanak . Contohnya seperti belajar menggunakan tertikus . Seiring meningkatnya usia anak-anak mereka akan mula ke tadika atau sekolah . Dengan perkembangan teknologi semasa kemungkinan mereka akan menggunakan alat teknologi di sekolah adalah sangat tinggi . Mereka juga boleh mula diajar menggunakan tetikus semasa bermain permainan di komputer ataupun mengunakan tab .
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.